Hikmah Dibalik Ketatnya Aturan Islam Untuk Wanita

Hikmah Dibalik Ketatnya Aturan Islam Untuk Wanita

BETAPA ADILNYA ALLAH

Ramai wanita yang berkata bahawa susah menjadi wanita, lihat saja aturan-aturan dibawah ini :
-
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
-
2. Wanita perlu minta izin dari suami apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
-
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
-
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit dari pada lelaki.
-
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
-
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
-
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
-
8. Wanita tersekat-sekat dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas.
-
9. dan lain-lain.
-
Tetapi…

PERNAHKAH KITA LIHAT RAHSIA DAN HIKMAHNYA ?
-
1. Benda yang mahal harganya akan dijaga rapi dan ditutupi serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.
-
2. Wanita perlu khidmat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib khidmat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya ?
-
3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahwa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?
-
4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah anda bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, yaitu : Isterinya, Ibunya, Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya. Artinya , bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
-
5. Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 Syarat saja, yaitu : Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat kepada Suaminya dan menjaga kehormatannya.
-

Comments

Post a Comment

Visitor

Online

Related Post